Quantcast
' Ramli Sembilan Ramli Sembilan Ramli Sembilan Ramli Sembilan

Followers


Saya asal dari keturunan ayah saya yang berdarah suku batu hampar di Kampong Pelangai, Kuala Pilah. Ayah saya bernikah dengan gadis cantek (ibu saya) berasal dari daerah Kluang, Johor kira kira 60 tahun dahulu....kini ayah saya sudah meninggalkan kami semua dan berdoa agar beliau dirahmati allah...Alfatihah.  Saya ingin berkongsi dengan tuan -tuan akan Negeri Sembilan yang lebih dikenali sebagai negeri beradat yang mengamalkan adat perpatih......secara ringkasnya saperti di dinyatakan:

LATAR BELAKANG

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:


Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasukWilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol.

Negeri Sembilan kaya dengan keindahan tempat tempat menarik antaranya

  1. Teratak Za'ba, Batu Kikir
  2. Kampung Sungai Lonek, Batu Kikir
  3. Kampung Serting, Serting
  4. Perkampungan Orang Asli, Durian Tipus
  5. Kampung Seri Menanti, Seri Menanti
  6. Kampung K. Klawang, Kuala Kelawang
  7. Talang Dam, Tanjong Ipoh
  8. Makam Tuan Tulis, Kuala Talang, Tanjong Ipoh
  9. Taman Tasik Seremban, Seremban
  10. Kampung Pelegong, Seremban
  11. Masjid Tugu, Seremban
  12. Stesen Kereta Api Seremban, Seremban
  13. Rumah Api Tanjong Tuan, Teluk Kemang
  14. Kubu Lukut, Lukut
  15. Kolam Air Panas Pedas, Pedas
  16. Pedas Wet World, Pedas
  17. Istana Seri Menanti, Seri Menanti
  18. Kompleks Kraftangan Kebudayaan dan Muzium Negeri Sembilan, Seremban
  19. Muzium Tentera Darat, Port Dickson
  20. Pantai Port Dickson, Port Dickson atau Sirusa

KERAJAAN

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa meluluskan undang-undang adalah Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan undangan Negeri adalah terdiri daripada calon-calon yang memenangi pilihanraya di kawasan Dewan Undangan masing-masing.
Parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri berhak untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Besar. Menteri Besar kemudiannya akan melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau EXCO. Exco ini adalah dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Menteri Besar Negeri Sembilan mula dilantik sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, jawatan Menteri Besar terus wujud iaitu perlantikan yang diperkenankan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Lazimnya Menteri Besar dipilih oleh parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri.
Senarai Menteri Besar yang pernah berkhidmat di Negeri Sembilan ialah:
NamaMulai bertugasSelesai bertugas
Tun Abdul Malek bin Yusof19481953
Mohamad Salleh bin Sulaiman19501951
Tun Dr Haji Aziz MajidApril 19521952
Dato' Shamsuddin bin Naim19531959
Mohamad Shariff bin Abdul SamadApril 1959Jun 1959
Dato' Dr. Mohd Said bin Muhammad19591969
Dato' Mansor bin Othman19691978
Dato' Seri Utama Rais Yatim19781982
Tan Sri Isa Abdul Samad19822004
Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji HassanMac 2004(saat ini)


Saya bangga dengan kepemimpinan YAB Menteri Besar yang sedia ada kerana beliau berjiwa rakyat dan prihatin dengan permasaalahan rakyat Negeri Sembilan. Tanah mana di daerah Negeri Sembilan yang beliau tidak pernah menjejak kakinya, kampong mana yang beliau tidak pernah hadir diri...malah setiap hari beliau menghulur tangan tanpa mengira masa dan tempat untuk mengutamakan kebajikan rakyat....semuga Allah melindungi dan memberi rahmatnya kepada YAB Menteri Besar untuk menjulang kebajikan dan kebahagian rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira darjat, warna kulit, agama dan kaum....Sokong anda untuk memberi peluang kepada Negeri Sembilan maju kehadapan dengan lebih gemilang...
SEMUGA ALLAH MAKMURKAN NEGERI SEMBILAN