Saya asal dari keturunan ayah saya yang berdarah suku batu hampar di Kampong Pelangai, Kuala Pilah. Ayah saya bernikah dengan gadis cantek (ibu saya) berasal dari daerah Kluang, Johor kira kira 60 tahun dahulu....kini ayah saya sudah meninggalkan kami semua dan berdoa agar beliau dirahmati allah...Alfatihah. Saya ingin berkongsi dengan tuan -tuan akan Negeri Sembilan yang lebih dikenali sebagai negeri beradat yang mengamalkan adat perpatih......secara ringkasnya saperti di dinyatakan:
Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:
- Selangor di utara;
- Pahang di timur;
- Johor di tenggara;
- Melaka di selatan; dan
- Selat Melaka di barat.
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasukWilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
- Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
- Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
- Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol.
Negeri Sembilan kaya dengan keindahan tempat tempat menarik antaranya
Negeri Sembilan kaya dengan keindahan tempat tempat menarik antaranya
- Teratak Za'ba, Batu Kikir
- Kampung Sungai Lonek, Batu Kikir
- Kampung Serting, Serting
- Perkampungan Orang Asli, Durian Tipus
- Kampung Seri Menanti, Seri Menanti
- Kampung K. Klawang, Kuala Kelawang
- Talang Dam, Tanjong Ipoh
- Makam Tuan Tulis, Kuala Talang, Tanjong Ipoh
- Taman Tasik Seremban, Seremban
- Kampung Pelegong, Seremban
- Masjid Tugu, Seremban
- Stesen Kereta Api Seremban, Seremban
- Rumah Api Tanjong Tuan, Teluk Kemang
- Kubu Lukut, Lukut
- Kolam Air Panas Pedas, Pedas
- Pedas Wet World, Pedas
- Istana Seri Menanti, Seri Menanti
- Kompleks Kraftangan Kebudayaan dan Muzium Negeri Sembilan, Seremban
- Muzium Tentera Darat, Port Dickson
- Pantai Port Dickson, Port Dickson atau Sirusa
KERAJAAN
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa meluluskan undang-undang adalah Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan undangan Negeri adalah terdiri daripada calon-calon yang memenangi pilihanraya di kawasan Dewan Undangan masing-masing.
Parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri berhak untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Besar. Menteri Besar kemudiannya akan melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau EXCO. Exco ini adalah dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Menteri Besar Negeri Sembilan mula dilantik sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, jawatan Menteri Besar terus wujud iaitu perlantikan yang diperkenankan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Lazimnya Menteri Besar dipilih oleh parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri.
Senarai Menteri Besar yang pernah berkhidmat di Negeri Sembilan ialah:
| Nama | Mulai bertugas | Selesai bertugas |
|---|---|---|
| Tun Abdul Malek bin Yusof | 1948 | 1953 |
| Mohamad Salleh bin Sulaiman | 1950 | 1951 |
| Tun Dr Haji Aziz Majid | April 1952 | 1952 |
| Dato' Shamsuddin bin Naim | 1953 | 1959 |
| Mohamad Shariff bin Abdul Samad | April 1959 | Jun 1959 |
| Dato' Dr. Mohd Said bin Muhammad | 1959 | 1969 |
| Dato' Mansor bin Othman | 1969 | 1978 |
| Dato' Seri Utama Rais Yatim | 1978 | 1982 |
| Tan Sri Isa Abdul Samad | 1982 | 2004 |
| Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji Hassan | Mac 2004 | (saat ini) |
Saya bangga dengan kepemimpinan YAB Menteri Besar yang sedia ada kerana beliau berjiwa rakyat dan prihatin dengan permasaalahan rakyat Negeri Sembilan. Tanah mana di daerah Negeri Sembilan yang beliau tidak pernah menjejak kakinya, kampong mana yang beliau tidak pernah hadir diri...malah setiap hari beliau menghulur tangan tanpa mengira masa dan tempat untuk mengutamakan kebajikan rakyat....semuga Allah melindungi dan memberi rahmatnya kepada YAB Menteri Besar untuk menjulang kebajikan dan kebahagian rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira darjat, warna kulit, agama dan kaum....Sokong anda untuk memberi peluang kepada Negeri Sembilan maju kehadapan dengan lebih gemilang...



No comments:
Post a Comment